The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Reviu Perlawanan ACC Piala Shopee ™ 2025/26 M-5  | Selangor FC 1-1 BG Pathum United FC | Layak Ke Separuh Akhir

Feb 05, 2026 - FAS

Selangor FC layak ke pusingan Separuh Akhir ACC Piala Shopee™ 2025/26 selepas berjaya menambah satu mata hasil keputusan seri 1-1 menentang BG Pathum United FC semalam.

Separuh masa pertama menyaksikan skuad Gergasi Merah beraksi dengan sepuluh pemain selepas Alvin Fortes dilayangkan kad merah. Namun, itu tidak mematahkan semangat pasukan. Selangor FC terlebih dahulu menjaringkan gol apabila Faisal Halim menyempurnakan peluang pada minit ke-36 hasil hantaran bijak daripada Chrigor Moraes.

Babak kedua menyaksikan tekanan berterusan daripada BG Pathum United FC, sebelum Selangor FC secara tidak sengaja memberikan gol sendiri pada minit ke-64, menyamakan kedudukan 1-1. Selangor kekal bertahan hingga wisel penamat dan sekaligus layak ke separuh akhir Shopee Cup, walaupun hanya dengan keputusan seri. Pasukan mengakhiri kempen peringkat kumpulan di tempat kedua selepas mengumpul sembilan mata, di belakang Buriram United FC menerusi perbezaan gol

Menurut Kim Pan-gon, Ketua Jurulatih Selangor FC, beliau bangga dengan mentaliti serta semangat berpasukan yang dipamerkan oleh para pemain.

“Pertama sekali, saya sangat bangga dengan semua pemain dan penyokong dalam perlawanan semalam. BG Pathum United FC adalah sebuah pasukan yang sangat kuat, tetapi kami telah membuat persediaan yang baik dan membuahkan hasil. Walaupun bermain dengan 10 pemain, mereka tetap menunjukkan semangat, keinginan, dan kekuatan mental yang tinggi. Mereka juga beraksi sebagai Gergasi Merah dengan semangat berpasukan yang luar biasa. Saya sangat bangga dengan mereka. Perlawanan ini benar-benar hebat dan menakjubkan,” jelas Kim Pan-gon.

Daripada perlawanan #SFCBGP dalam ACC Piala Shopee™ semalam, beberapa perkara penting dapat dilihat:

Selangor FC ke Separuh Akhir – Buriram United FC (pertama) dan Selangor FC (kedua) sah layak ke Separuh Akhir sebagai wakil Kumpulan A ACC Piala Shopee™ 2025/26.

Aksi mantap barisan pertahanan – 25 clearance, 27 duel dimenangi, kadar kejayaan tackle 86% (6/7), menunjukkan disiplin dan organisasi kukuh ketika mengekalkan keputusan di bawah tekanan hebat separuh masa kedua.

Kalamullah Al-Hafiz tampil cemerlang – Persembahan tenang dan meyakinkan, menidakkan tiga percubaan, menyamai nilai xGOT dihadapi (0.78) serta merekodkan +0.78 gol dicegah, memastikan Selangor FC kekal terkawal.

Chrigor Moraes Dinobatkan Pemain Terbaik Perlawanan #SFCBGP – Berjaya menghasilkan hantaran tepat yang mencetuskan gol pembukaan serta sumbangan menyeluruh sepanjang perlawanan.

Prestasi cemerlang Faisal Halim berterusan – Tujuh gol dalam lima perlawanan terakhir dan 19 gol keseluruhan, menjadikannya musim terbaik bersama skuad Merah Kuning.

Seterusnya, Selangor FC akan ke Stadium Tuanku Abdul Rahman pada 8 Februari (Ahad ini) bagi pusingan Suku Akhir pertama Piala Malaysia 2025/26 menentang Negeri Sembilan FC jam 9 malam. Bagi yang tidak berpeluang ke stadium, jom penuhkan Suasana Market Hall, Shah Alam, untuk tayangan siaran langsung perlawanan #NSESFC dan sama-sama berikan sokongan untuk pasukan kita!

Pihak Pengurusan Selangor FC mengucapkan ribuan terima kasih kepada 3,302 penyokong yang hadir dan berjuang bersama pasukan semalam, sama-sama meraikan kelayakan ke Separuh Akhir ACC Piala Shopee™ 2025/26.

Demi Kebanggaan!

Kesebelasan Utama: Kalamullah Al-Hafiz, Quentin Cheng, Mohammad Abualnadi, Richmond Ankrah, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Noor Al Rawabdeh, Hugo Boumous, Alvin Fortes, Mamadou Diarra, Chrigor Moraes.

Pertukaran: 68’ Haiqal Lau > Hugo Boumous, 85’ Zikri Khalili > Quentin Cheng, 90+1’ Izwan Yuslan > Faisal Halim.